About Me

Nyaris pecah muka dibaling televisyen


Tumpat: "Nasib baik saya sempat mengelak, kalau tidak sudah pasti pecah muka saya terkena televisyen yang dibaling pencuri," kata Iqromah Anuar, mangsa kejadian pecah rumah di Kampung Kutan Tengah, di sini, semalam.

Iqromah, 50, yang berasal dari Surabaya, Indonesia berkata, kejadian berlaku pada jam 6.25 pagi ketika tiba di rumah selepas keluar menghantar kuih ke kedai kopi berhampiran.

Dia yang sudah 28 tahun menetap di sini, berkata, sebaik tiba di rumah, dia terdengar bunyi dari dalam rumah yang pada mulanya dia disangkakan kucing, sebelum masuk ke rumah dan memasang suis lampu.

"Sebaik lampu terpasang, seorang lelaki meluru keluar dari bilik tidur saya dengan memikul sebuah televisyen menyebabkan saya terus menjerit meminta tolong akibat terkejut.

"Pencuri itu kemudiannya membaling televisyen yang dipikulnya itu ke arah saya namun sempat mengelak sebelum dia terus keluar melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Kutan Tengah di sini, hari ini.

Iqramah yang menetap di rumah itu bersama dua anak perempuannya yang berusia 17 dan 20 tahun berkata, ketika kejadian itu, kedua-dua anaknya itu tidur di rumah kakak iparnya tidak jauh dari situ.

Dia yang masih trauma berkata, pencuri melarikan dua unit telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM1,080 hasil jualan kuihnya serta sumbangan zakat daripada orang ramai.

"Wang itu saya simpan di bawah bantal untuk kegunaan membeli bahan mentah jualan kuih serta membayar sewa rumah sebanyak RM300 namun tiada rezeki kami namun saya tetap bersyukur kerana selamat dan tidak diapa-apakan," katanya.

Terdahulu, Iqromah dikunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah sempena Program Prihatin Masyarakat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdullah berkata, kunjungan yang dibuat hari ini adalah atas dasar kebajikan sosial dalam masa yang sama mengenalpasti golongan yang memerlukan terutama yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

"Pucuk pimpinan PDRM mengarahkan semua ketua polis daerah serta ketua polis balai mengenalpasti golongan ini bagi memudahkan mereka untuk membuat permohonan kepada pihak berkaitan.

"Hari ini kami di kontinjen Kelantan menziarah lima rumah di sekitar Wakaf Bharu sambil memberi sumbangan peribadi sambil bertanya khabar," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!