About Me

Nissan Teana terbakar, pemandu selamat


IPOH – Tindakan pantas seorang pemandu telah mengelakkan dia daripada kecelakaan setelah kenderaan Nissan Teana dipandunya terbakar di Jalan Lang Indah, Gunung Lang di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu, kenderaan tersebut musnah 80 peratus.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.58 tengah hari daripada orang awam

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dihantar ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Semasa bomba tiba, pemilik kereta yang tidak mengalami kecederaan sempat keluar sebelum api merebak membakar kenderaan tersebut.

“Pemadam dilakukan menggunakan dua hos air daripada jentera bomba sebelum api padam sepenuhnya,” ujar jurucakap tersebut.

Operasi yang diketuai PBK II Mohd. Rosli Ibrahim ini tamat sepenuhnya pada pukul 1.32 petang. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!