About Me

Nikah hanya kerana nafsu


Riyadh: Peningkatan kes perkahwinan misyar mirip nikah mut'ah di Arab Saudi dilaporkan hanya untuk memenuhi tuntutan batin semata-mata.

Kaedah kahwin misyar itu menjadi pilihan lelaki yang mahukan lebih daripada seorang isteri namun menjadi alasan untuk mereka mengelak tanggungjawab seorang suami seperti menyediakan tempat tinggal dan membayar nafkah.

Perkahwinan itu hanya berlandaskan kepada memenuhi tuntutan nafsu serakah.

Rakyat Arab Saudi dan pekerja ekspatriat dilihat antara golongan paling kerap melayari laman web mencari isteri misyar secara dalam talian.

Menurut laporan akhbar Al-Watan pada 2018, pernikahan misyar, kebiasaannya hanya bertahan dalam tempoh 14 hingga 60 hari dan sering berakhir dengan perceraian.

Di Arab Saudi, nikah misyar membolehkan suami isteri tinggal berasingan dan kaum wanita tidak boleh menuntut apa-apa hak seperti dalam perkahwinan konvensional.

Malah, perkahwinan misyar dilihat alternatif buat golongan wanita untuk menamatkan zaman anak dara tua atau janda dengan segera.

Dalam rencana terbitan akhbar Saudi Gazette pada 2019, kolumnis Tariq Al-Maeena menggambarkan nikah misyar sebagai lesen untuk mempunyai ramai isteri tanpa banyak tanggungjawab atau perbelanjaan.

Sebahagian wanita yang bergelar isteri misyar terpaksa mengheret kes ke mahkamah terhadap lelaki Saudi yang enggan mengiktiraf anak yang dilahirkan dalam perkahwinan jenis ini.

Seorang wanita menghubungi saya dan berkata: "Saya seorang isteri misyar dan suami saya tidak mengenali anak saya," kata ulama Riyadh kepada AFP.

"Dia mengatakan 'anak itu bukan masalah saya'. Saya menasihatinya untuk membawanya ke mahkamah dan memperjuangkan haknya," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!