About Me

'Nasi lemak tak dapat dijual, saya sudah tidak berdaya'


Kuala Lumpur: "Saya sudah buntu dan tertekan, rasa macam nak mati pun ada, tanpa fikir apa-apa lagi saya terus mengibarkan bendera putih kerana sudah tidak berdaya lagi mencari nafkah dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."

Demikian luahan Mohd Nor Abdullah, 29, atau dikenali sebagai AC Kudung yang tiada kedua-dua tangan sejak lahir yang mengakui mengalami tekanan hidup apabila tidak dapat mencari pendapatan dengan menjual nasi lemak.

"Sebaik PKP dilaksanakan, tiada pelanggan mahu membeli nasi lemak dan terpaksa menghentikan jualan sementara.

"Bilik sewa di sebuah rumah kedai di Cheras (berdekatan Transit Aliran Ringan (LRT) Cheras) perlu dibayar setiap bulan berjumlah RM350," katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurutnya, dia menerima wang bantuan bulanan dari Baitulmal berjumlah RM600 dan elaun orang kurang upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400.

"Duit inilah saya bayar sewa bilik dan menyara hidup, tetapi tidak mencukupi.

"Saya terlampau tertekan sekarang, ada fikir rasa macam nak mati, tetapi rakan-rakan banyak beri sokongan meminta saya bersabar dan mengingati Allah SWT," katanya.

Akuinya, sebaik melihat kempen kibar bendera putih, dia terus berbuat demikian kerana sudah buntu untuk mencari wang dan barangan keperluan makanan.

"Sebaik saya mengibarkan bendera putih, terus datang bantuan, saya berterima kasih kepada semua," katanya.

Katanya, dia akan hanya membuka kembali perniagaan nasi lemak sebaik PKP ditamatkan.

"Saya faham pergerakan orang terbatas akibat PKP disebabkan itu nasi lemak saya tidak dapat dijual.

"Saya harap sangat PKP akan ditamatkan segera dan negara kembali pulih akibat wabak ini," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi AC di talian 017-2650700.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!