About Me

'Minta bantuan jangan pelik-pelik'


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel, 24, kesal dengan tindakan segelintir warganet yang tidak beradab apabila menggunakan aplikasi bantuan disediakan untuk permintaan pelik-pelik.

Menurut Naim yang kini rancak melakukan aktiviti sukarelawan memberi sumbangan mengakui menerima banyak permintaan pelik daripada individu yang mengirim mesej kepadanya di Instagram.

"Banyak juga saya dapat mesej mengarut minta bantuan yang kurang sesuai seperti anak nak makan ais krim jenama itu, minta iPhone, nak makan daging batang pinang, tak biasa pakai barang jenis ini dan macam-macam lagi.

"Sebenarnya kita nak jadikan pemberian bantuan ini, apa adanya. Tapi, kalau nak minta macam-macam yang tak sesuai, sekarang tengah ramai orang susah dan belajar guna apa yang ada dulu," katanya kepada Harian Metro.

Ujarnya lagi, ketika ini bukanlah masa untuk kita bersikap memilih nak yang itu dan yang ini. Cuma, kalau ada rezeki lebih ia akan cuba dibantu. Tapi, tak perlu beri permintaan pelik.

"Bila datang permintaan yang pelik-pelik ini, tiba-tiba saya ada kala jadi berfikir-fikir. Tujuan bantuan dibuat untuk meringankan beban dihadapi golongan keluarga susah, nak memudahkan mereka. Jadi, janganlah cuba ambil kesempatan.

"Tak elok buat benda macam ini. Sekarang dah tahun 2021. Jadi, janganlah lagi ada pemikiran macam kera dapat bunga. Tak tau nak ckp apa, orang tengah susah dan tak perlu juga jadikan ia bahan gurauan," katanya

Naim berkata pada masa ini memang kurang sesuai nak bergurau minta itu dan ini sebab kita bermain dengan nyawa orang. Katanya, kalau sendiri tak boleh membantu, jangan tambah keruh keadaan.

"Sampai bila nak jadi otak tak empuk. Apapun, saya sangat berharap semoga orang ramai dapat menggunakan kemudahan media sosial dengan betul. Sebarkan perkara positif dan elakkan pemikiran negatif," katanya.

Terdahulu, Naim ada membuat perkongsian di Instagram mengenai permintaan seorang individu yang memaklumkan anaknya teringin iPhone 12 Pro Max di aplikasi bantuan disediakannya.

Apapun, Naim yang sudah menghentikan bantuan 'bank makanan', kini menukar strategi beralih menghantarkan bantuan sumbangannya secara dari rumah ke rumah keluarga yang didapati memerlukan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!