About Me

Menziarahi adik Nazurah Nabilah di rumah beliau di Bukit Beruntung, Rawang.


Secara peribadi, saya amat sedih apabila melihat sendiri mata mereka yang berkaca dan wajah yang menyimpan kepiluan kerana kehilangan ibu bapa yang disayangi.

Mereka adalah lapan beradik menjadi yatim piatu kerana kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19.

Kerajaan akan terus membantu serta memberi penumpuan kebajikan anak-anak Allahyarham Benyajeed Bernie.

Boustead Holding Berhad, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil mereka sebagai anak angkat dan akan membiayai pengajian anak-anak Allahyarham sehingga berumur 18 tahun. Salah seorang anak Allahyarham bernama Muhammad Muzzakir pula akan ditawar bekerja secara tetap di Boustead.

Selain itu, bantuan-bantuan lain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan lain-lain juga turut memberikan perhatian demi menjaga kebajikan anak-anak Allahyarham.

Semoga Allah melindungi anak-anak ini dan mari lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang telah pergi mengadap Ilahi.

Sumber - Ismail Sabri Yaakob 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!