About Me

Mengaku kerja pegawai kerajaan tapi sebenarnya pengangkut rumput


JAKARTA – Helah seorang lelaki yang menipu teman wanitanya dengan mengatakan bahawa dia bekerja sebagai pegawai kerajaan akhirnya terbongkar apabila dia didapati sebenarnya seorang pengangkut rumput, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, seorang wanita mendedahkan teman lelaki rakannya itu sebelum ini dengan bangga memberitahu bahawa dia bekerja sebagai seorang Pegawai Awam Negeri (PNS).

Bagaimanapun, setelah diekori sebanyak dua kali, lelaki itu didapati bukanlah seorang PNS, sebaliknya mencari rezeki sebagai pengangkut rumput dengan menggunakan motosikal.

“Saya menemani rakan saya untuk mengekori kekasihnya yang mengaku bekerja sebagai PNS. Namun, selepas diekori sebanyak dua kali, dia rupa-rupanya bekerja sebagai pengangkut rumput pada setiap pagi,” tulis wanita itu pada hantarannya.

Video tersebut menjadi perhatian netizen dengan pelbagai reaksi diberikan terhadap lelaki itu.

“Apapun pekerjaannya, yang penting halal,” tulis seorang netizen.

“Bertuah kerana mempunyai teman lelaki yang merendah diri. Apa yang penting adalah usaha, bukan status pegawai,” komen seorang lagi. 

– AGENSI 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!