About Me

McGregor kalah lagi


Los Angeles: Jaguh Amerika Syarikat Dustin Poirier menewaskan Conor McGregor untuk memenangi pertarungan lightweight UFC di Las Vegas hari ini selepas pencabarnya itu patah kaki kiri di pusingan pembukaan.

Pertarungan terpaksa dihentikan oleh doktor pada penghujung pusingan pertama selepas McGregor yang cuba melepaskan tumbukan terjatuh ke belakang dengan kakinya terhimpit di tepi oktagon.

Poirier kemudiannya melepaskan tumbukan bertubi-tubi sehingga McGregor diselamatkan oleh bunyi loceng di hadapan penonton yang memenuhi arena T-Mobile.

Kedua-dua jaguh itu berentap kali ketiga untuk menentukan pemenang sebenar. Pada 2014 McGregor menewaskan Poirier dalam tempoh tak sampai dua minit sebelum Poirier membalas dendam pada Januari lalu dengan kemenangan KO di pusingan kedua.

Jaguh Ireland berusia 32 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dijangka menjalani pembedahan hari ini.

McGregor yang tidak dapat menerima cara kekalahannya melepaskan kemarahan ketika diusung keluar sambil menjerit: 'Segalanya belum berakhir!'

Pertarungan UFC di Nevada itu kali pertama dihadiri penonton sejak pandemik Covid-19 dan turut disaksikan bekas Presiden AS, Donald Trump. Selepas Amerika Syarikat mengurangkan peraturan kesihatan, penonton kembali menyaksikan acara sukan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!