About Me

MB Kedah didapati langgar SOP, kompaun akan dikeluarkan


Georgetown: Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, dekat sini, bulan lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, arahan itu akan disampaikan kepada Pejabat Menteri Besar dalam tempoh masa terdekat.

"Maklumat lanjut akan diberikan selepas arahan terbabit dipanjangkan kepada Menteri Besar.

"Kenyataan rasmi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan dikeluarkan selepas proses penyerahan dilakukan dalam masa terdekat," katanya di sini, hari ini.


Terdahulu beberapa portal melaporkan polis sudah menerima arahan untuk mengeluarkan kompaun ke atas Muhammad Sanusi atas kesalahan melanggar SOP dengan memandu uji kenderaan jenis pacuan empat roda ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Bagaimanapun, jumlah kompaun yang dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu tidak didedahkan.

Sebelum ini, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang dan polis masih menunggu arahan daripada PPN untuk tindakan selanjutnya.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Pada 5 Jun lalu, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemimpin itu yang dilihat tidak sensitif berikutan negara dalam fasa memerangi Covid-19 hingga melaksanakan PKP Penuh dan pusat jualan serta pameran kenderaan antara sektor yang tidak dibenarkan beroperasi pada ketika itu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!