About Me

Mayat terapung ditemukan di Pulau Rebak Besar


Langkawi: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Rebak Besar di sini, pada tengah hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, mayat itu ditemukan pemancing yang kemudiannya bertindak menghubungi Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi pada 12 tengah hari.

"Sejurus menerima maklumat, APMM menghantar sebuah bot ke lokasi dan mendapati mayat itu ditemukan dalam keadaan lengkap berseluar panjang hitam dan berbaju.

"Mayat itu ditemukan pada kedudukan 5.4 batu nautika barat daya Pulau Rebak Besar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, mayat itu kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut di sini, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, MRSC Langkawi belum menerima sebarang aduan berkaitan orang hilang di kawasan perairan Langkawi.

"APMM mengingatkan komuniti maritim agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk dan sentiasa mengutamakan keselamatan termasuk memakai jaket keselamatan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!