About Me

Mayat nelayan jatuh laut ditemui terapung


KLANG – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang empat hari lalu selepas terjatuh ke dalam laut apabila bot dinaiki dipukul ribut ditemui lemas hari ini.

Mayat K. Thineswaran, 27, ditemui orang awam pada kedudukan kira-kira 7.1 batu nautika barat daya muara Sungai Langat, di sini pukul 12.50 tengah hari.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Komander Maritim Norihan Ngah berkata, pihaknya yang menerima maklumat telah menugaskan bot Pengawal 26 ke lokasi tersebut dan menemui mayat lelaki itu dalam keadaan terapung.

Katanya, mangsa adalah seorang nelayan tempatan berasal dari Banting.

“Dia dikatakan telah keluar ke laut tanpa memakai jaket keselamatan dengan menggunakan bot jenis pukat hanyut bersama seorang rakannya sebelum dilaporkan terjatuh ke laut akibat cuaca buruk.

“Pengawal 26 telah membawa mayat tersebut ke Jeti Nelayan Kanchong Laut sebelum disahkan keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, mayat lelaki itu seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Banting bagi
tindakan lanjut.

Justeru, Norihan menjelaskan Operasi Carilamat kemudian ditamatkan pukul 3.30 petang tadi dan Pos Hadapan Carilamat di Rumah Penginapan Persekutuan Morib juga telah dibubarkan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Thineswaran dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam laut selepas bot dinaiki dipukul ribut di persiaran laut Kanchong Laut Gold Coast, Tanjung Sepat di sini, Jumaat lalu. 

– K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!