About Me

Mayat lelaki dikelar ditemukan dalam tali air


Kepala Batas: Mayat lelaki dengan kesan kelar di kanan kepala ditemukan dalam tali air di Permatang Kerai Kecil di sini, pagi hari ini.

Mangsa ditemukan orang awam yang lalu di kawasan berkenaan pada 8.15 pagi sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati terdapat mayat lelaki berusia 32 tahun bersama sebuah motosikal dalam tali air berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai terbabas sendiri sebelum masuk ke dalam tali air terbabit.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa menemui kesan kelar pada bahagian kanan kepala," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak dalam kejadian terbabit.

"Semakan mendapati mangsa mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat sekali gus untuk mengetahui punca sebenar kematiannya," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!