About Me

Maut tercekik kuih buah Melaka


LIPIS – Seorang warga emas maut selepas tercekik kuih buah melaka ketika bersarapan bersama ahli keluarganya di Kampung Lentang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor, berkata, mangsa, Meriam Abdul Rafar,82, maut disebabkan tercekik kuih buah melaka yang dimakannya.

“Kejadian ini berlaku ketika mangsa dilaporkan menjamu juadah bersama anak lelakinya dan kemudiannya tiba-tiba tercekik kuih berkenaan.

“Melihat keadaan ibunya yang tercekik makanan itu, anak lelakinya terus menghubungi petugas klinik di kampung itu untuk meminta bantuan kecemasan,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa yang dibawa ke Hospital Lipis bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!