About Me

Mangsa kemalangan maut positif Covid-19


SEBERANG PERAI – Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Raja Uda, Kepala Batas di sini hari ini memakai gelang individu di bawah pengawasan (PUS) berwarna putih, namun dia disahkan positif Covid-19.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa lelaki berusia 20 tahun itu maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, mangsa didakwa memakai gelang berwarna putih semasa di tempat kejadian.

“Setelah siasatan dijalankan, dakwaan bahawa si mati memakai gelang PUS adalah tidak benar kerana siasatan tidak menjumpai apa-apa gelang.

“Namun, ujian saringan yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya mendapati si mati positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada penularan ke atas mana-mana pihak dalam kejadian itu.

Menurut Noorzainy, kemalangan tersebut berlaku ketika motosikal jenis Yamaha Y15ZR 150 ditunggang mangsa telah hilang kawalan.

“Ketika itu mangsa dari arah Jalan Telaga Air menghala ke Jalan Permatang Tengah sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Mangsa yang cedera parah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!