PETALING JAYA – Kadar vaksinasi harian di Malaysia telah melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia iaitu secara konsisten 250,000 dos suntikan sehari.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, vaksinasi harian di Malaysia disasarkan 300,000 dos suntikan sehari mulai bulan ini.
“Ini memberi gambaran kita berada di landasan tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok dalam
masa terdekat.
“Seterusnya dapat kembali kepada kehidupan normal seperti sedia kala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
– K! ONLINE