About Me

Macam mana boleh tersepit dik...


Georgetown: Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa sembilan minit mengeluarkan tangan kanan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang tersepit pada kerangka bahagian tengah kereta di tempat penumpang hadapan dalam kejadian di Farlim, Paya Terubong, di sini, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Tarmizi Md Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.41 tengah hari berhubung kejadian itu.

Katanya, ketika tiba di lokasi, didapati tangan kanan kanak-kanak terbabit tersepit dari paras bahu hingga ke pangkal lengan.

"Kanak-kanak itu menangis ketakutan. Anggota kami melumur minyak masak pada lengan kanak-kanak itu bagi proses mengeluarkan lengan mangsa.

"Sementara anggota lain melaraskan skru pintu bagi regangan supaya tangan mangsa dapat dikeluarkan tanpa kecederaan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Mohd Tarmizi, khidmat khas berkenaan membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong.

"Pemeriksaan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada ibunya," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!