About Me

Lima sekeluarga berhimpit huni bilik kecil


MELAKA: Kesempitan hidup menyebabkan lima sekeluarga terpaksa berhimpit tinggal menyewa di sebuah bilik kecil, di Jalan Munshi Abdullah, di sini.

Bilik yang hanya berkeluasan 3.65 x 6 meter itu didiami Erala Ismail, 45, dan suami, Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42, bersama tiga anak berusia antara 10 hingga 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut Erala yang bekerja sebagai pembantu jualan walaupun dia sedar keadaan itu tidak selesa buat anak-anaknya yang semakin membesar, disebabkan masalah kewangan mereka terpaksa menjadikan bilik kecil itu sebagai tempat berteduh.

"Saya dan suami bukannya tidak terfikir untuk mencari tempat tinggal lebih selesa namun kerana kadar sewa yang tinggi selain perlu menyediakan sejumlah wang deposit yang tinggi menyebabkan terpaksa melupakan hasrat itu.

"Alhamdulillah walaupun keadaan sempit sebegini anak-anak tidak merungut, mereka memahami keadaan ibu bapa mereka yang susah namun begitu jauh di sudut hati saya terselit rasa bersalah," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, sebagai ibu sudah pasti dia amat bimbang akan keselamatan anak perempuannya berusia 10 tahun kerana mereka terpaksa berkongsi bilik air dan tandas bersama penghuni lain yang tinggal di situ.

"Saya tidak benarkan dia keluar bilik seorang diri apatah lagi untuk ke tandas atau mandi, pasti dia akan berteman saya sendiri atau abang-abangnya," katanya.

Menurutnya, kehidupan dia sekeluarga kini semakin terhimpit apabila ada masanya anak-anak terpaksa mengikat perut selepas suami yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah medan selera hilang pekerjaan sejak enam bulan lalu.

"Ibu bapa mana tidak sedih apabila melihat anak-anak tertidur akibat menahan lapar kerana tiada apa yang hendak dimakan.

"Suami ada mencari kerja lain tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada yang hendak ambil bekerja jadinya kini bergantung kepada gaji saya sahaja. Jika dulu dengan gajinya RM35 sehari dapat membantu menyediakan makan untuk keluarga," katanya.

Katanya, kali ini dia dan suami sudah buntu dan tidak sanggup melihat anak-anak mengikat perut menyebabkan mereka mencuba nasib dengan menggantungkan kain serban sebagai bendera putih di luar tingkap bilik sewa mereka pada petang Selasa.

"Saya serta suami memang tiada duit langsung, usahkan RM10, RM2 pun tidak ada, malah barangan makanan juga sudah habis dan gas yang tinggal cuma cukup untuk memasak air sahaja.

"Jika kami tidak berbuat sesuatu sementara tunggu saya dapat gaji mungkin anak-anak terpaksa berlapar sebab itu saya dan suami mencuba nasib gantung bendera putih," katanya.

Menurutnya, dia bersyukur pagi semalam ada menerima bantuan barangan makanan disampaikan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong serta majikan.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!