About Me

Lima lelaki mabuk maki, gigit polis ditahan


AMPANG JAYA – Lima lelaki warga tempatan ditahan selepas bertindak agresif dengan menyerang anggota polis ketika pemeriksaan sedang dilakukan di Flat Sri Nilam, pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, dua anggota dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) turut mengalami kecederaan selepas ditumbuk, ditendang dan digigit pada lengan kiri serta leher.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis cuba melakukan pemeriksaan ke atas lima lelaki yang sedang berkumpul dalam keadaan mabuk.

“Suspek tidak memberi kerjasama dan bertindak agresif termasuk cuba menghalang anggota polis menjalankan pemeriksaan dengan menolak dan menyerang anggota bertugas.

“Dua anggota polis telah mengalami kecederaan selepas ditumbuk di dada, digigit pada lengan kiri dan leher. Suspek juga bertindak menendang dan menumbuk anggota tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, polis terpaksa menggunakan kekerasan yang minimum untuk membuat tangkapan dan seorang suspek mengalami sedikit kecederaan pada ibu jari kaki sebelah kanan akibat terkena jubin lantai.

“Suspek juga telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas. Salah seorang suspek telah berjaya melarikan diri dan sedang diburu polis.

“Kesemua empat tangkapan berusia 23 hingga 26 tahun dan tidak bekerja. Mereka juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan termasuk yang telah melarikan diri,” jelasnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!