About Me

Lelaki rempuh kereta polis diburu


Subang Jaya: Lelaki diburu polis selepas kereta dipandunya merempuh kenderaan unit peronda polis (MPV) di sini, dan melarikan diri semalam.

Dalam kejadian pada 7.25 malam tadi, lelaki itu yang memandu Proton Iswara menggunakan nombor pendaftaran WEK 424 itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kenderaan itu kemudiannya ditahan dan ketika anggota polis mahu melakukan pemeriksaan secara tiba-tiba kenderaan itu mengundur dengan laju sehingga melanggar MPV dan memecutkan kenderaannya.

"Anggota MPV terus mengejar kenderaan suspek dan berjaya menghalangnya di susur keluar Lebuhraya Pantai Baru (NPE).


"Namun, suspek sekali lagi bertindak mengundurkan kenderaan hingga merempuh MPV terbabit dan menyebabkan kenderaan polis itu mengalami kerosakan teruk serta tidak dapat bergerak.

"Suspek terus memecut kenderaannya dan melarikan diri dari lokasi terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, dua anggota MPV terbabit tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan gerakan untuk mengesan suspek terbabit yang dipercayai lelaki tempatan.

"Semakan mendapati kenderaan dipandu suspek itu dilaporkan hilang pada 21 Jun lalu di Batu 9, Cheras.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh, Seksyen 186 KK (menghalang penjawat awam), Seksyen 188 KK (mengingkari perintah penjawat awam) dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara melulu)," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 atau melaporkan ke balai polis berhampiran.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!