About Me

Lelaki diserang sawan ketika memancing mati lemas


KEMAMAN – Seorang lelaki yang sedang memancing bersama tiga remaja termasuk dua anak saudaranya maut akibat lemas di Sungai Cherul dekat sini semalam.

Mangsa, Muhammad Zulkefli Ismail, 34, dikatakan diserang sawan ketika terjun ke dalam sungai untuk mengambil jorannya sebelum hilang di bawa arus pada pukul 5 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, mayat mangsa ditemui di dasar sungai sedalam lebih kurang 1.5 meter dengan keadaan masih lengkap berpakaian pada pukul 10.30 pagi tadi.

“Seramai 22 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dan Chukai di sini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat sejak pukul 7 malam semalam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemu di lokasi kejadian hari ini.

Mohamad Hanif berkata, Muhammad Zulkefli dikatakan terjun ke dalam sungai itu bagi mengambil jorannya yang terjatuh akibat ditarik seekor ikan.

“Sewaktu berada di dalam sungai, dia dikatakan tiba-tiba diserang sawan. Cubaan salah seorang rakannya berusia 14 tahun untuk menyelamatkannnya juga gagal.

“Mereka kemudiannya bergegas ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian untuk meminta bantuan,” katanya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!