About Me

Lelaki diburu belasah, rembat duit tunang RM10,000


KOTA MARUDU – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes memukul tunangnya dan melarikan kereta jenis Proton Iswara milik kakak mangsa dalam kejadian di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, siasatan juga mendapati suspek turut melarikan wang milik syarikat tunangnya berjumlah RM10,000.

“Siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun itu sepatutnya memasukkan wang terbabit ke dalam akaunnya untuk dipindahkan ke akaun syarikat tempat mangsa bekerja.

“Bagaimanapun, suspek memberikan pelbagai alasan dan hal itu mengakibatkan berlaku pergaduhan antara mangsa serta tunangnya sehingga wanita itu dipukul oleh suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Izaan berkata, suspek dikatakan terus memecut kereta yang dinaiki mereka ke arah Pitas sebelum mangsa terjun keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri dan sehingga kini usaha mengesan suspek masih giat dijalankan.

“Kita dimaklumkan wang yang hilang hanya sebanyak RM10,000 dan bukannya RM18,000 seperti yang didakwa di laman sosial. Setakat ini, sasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial facebook berkaitan kenyataan mendakwa seorang lelaki bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM18,000 dan sebuah kenderaan Proton Iswara selain turut didakwa mengikat serta membelasah tunangnya sebelum menghilangkan diri.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!