About Me

Lelaki curi duit tabung masjid RM200 diburu


BALIK PULAU – Polis sedang mengenal pasti identiti seorang lelaki dalam keadaan memakai pelitup muka bertindak mencuri sejumlah wang dari tabung Masjid Maqbul di Teluk Kumbar di sini, awal pagi tadi.

Kelibat suspek lelaki yang memakai kemeja-T bercorak hitam dan putih, berseluar jean serta menggalas beg itu berjaya dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu sekitar pukul 12.30 hingga 1 pagi.

Difahamkan, kejadian disedari beberapa jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Peti duit berkenaan diletakkan berhampiran tangga ke laluan utama jemaah masuk ke ruang solat masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi mengesahkan laporan kejadian berlaku dan berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pihak pengurusan masjid sebaik menyedari kejadian berlaku.

“Suspek terbabit dikatakan telah menggunakan dawai untuk menjolok dan mengambil wang tunai sebanyak RM200 dari dalam tabung berkenaan.

“Kita sedang giat mengesan identiti suspek terbabit dan percaya tangkapan akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Kamarul memberitahu lagi, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!