About Me

#LeeZiiJia main atau main main – netizen


PETALING JAYA – “Hanya ambil masa lima minit dalam set pertama, dia main ke atau dia main-main,” jelas seorang peminat badminton, Wan Azuan Wan Aziz di laman Facebook setelah menyaksikan perlawananan pemain badminton nombor satu negara Lee Zii Jia.

Zii Jia telah mengalahkan lawannya dari Ukraine, Artem Pochtarov dalam pusingan awal sebentar tadi dengan kemenangan mudah 21-5, 21- 11 untuk melayakkannya ke pusingan seterusnya dalam perlawanan badminton Olimpik Tokyo 2020.

Orang ramai beranggapan juara All England baru-baru ini itu hanya memanaskan badan dan rata-rata memuji kepantasan yang dipamerkan oleh pemain perseorangan utama negara itu.

Ketika ini #LeeZiiJia dan #GambatteMalaysia tranding di laman sosial.

“Siapa yang menang terhadap pemain nombor dua dunia, Victor Axelsen. Ingat nama dia (Lee Zii Jia), dia akan bawakan kita emas pertama,” ciap @qeelaghazali.

“Ini kalau Israel tengok ni, terpadam pingat gangsa yang mereka canang tadi. Gantung leherlah mereka,” jelas @jowo_taaugeh. 

– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!