About Me

Lebih 15 rumah terbakar di Kampung Tanjung Aru


KOTA KINABALU – Lebih 15 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak memusnahkan rumah berhampiran ekoran kedudukan yang rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berikutan semua penghuni sempar menyelamatkan diri.

Turut musnah lima kenderaan milik penduduk kampung yang diletakkan berdekatan rumah.

Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada sekitar pukul 4.32 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati api sedang marak sehingga memusnahkan 15 rumah atas air berstruktur kayu.

“Bantuan penduduk kampung yang membantu pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak dan menyelamatkan sebahagian lagi rumah berdekatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran hari ini.

Mengulas lanjut, Hamsa berkata, api dapat dikawal pada pukul 5.49 pagi dan operasi memadamkan api kebakaran masih diteruskan. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!