About Me

Lari rumah selepas tidak dibenar main permainan video


SHAH ALAM – Gara-gara merajuk tidak dibenarkan bermain basikal dan permainan video, seorang kanak-kanak lelaki nekad keluar dari rumah seorang diri dalam kejadian di Jalan Setia Alam Seksyen U13 di sini semalam.

Kanak-kanak berusia 11 tahun ditemui pukul 9.47 malam di perhentian bas di Setia Alam oleh seorang lelaki berusia 28 tahun selepas lebih sejam meninggalkan rumahnya yang terletak sejauh kira-kira 200 meter.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Baharudin Mat Taib berkata, kanak-kanak itu kemudiannya dihantar ke Balai Polis Setia Alam untuk tindakan lanjut.

Katanya, bapa kepada kanak-kanak tersebut berusia 44 tahun kemudiannya hadir ke balai untuk mengambil semula anaknya yang berada dalam keadaan selamat.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa keluar rumah kerana merajuk ekoran tidak dibenarkan bermain basikal dan permainan video di dalam telefon bimbit.

“Justeru, pihak polis telah memberikan nasihat dan teguran kepada keluarga kanak kanak tersebut agar lebih peka dalam penjagaan kanak kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyarankan agar masyarakat lebih prihatin terhadap isu kekeluargaan terutama semasa mendepani pandemik Covid 19.

Terdahulu, tular video berdurasi 29 saat memaparkan kanak-kanak itu diselamatkan lelaki tersebut sebelum dibawa ke rumahnya.

Turut tular audio berdurasi 40 saat menyatakan kanak-kanak yang kelaparan itu tidak mengetahui rumahnya selain mendakwa telah dihalau keluarganya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!