About Me

Langgar SOP, polis siasat penuntut universiti, pekerja syarikat kurier


SERI ISKANDAR: Polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan penuntut sebuah universiti di sini melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika mengambil bungkusan dari kenderaan syarikat kurier.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin Wariso berkata, ia susulan laporan seorang individu di Balai Polis Seri Iskandar jam 6 petang Khamis mengenai insiden itu yang tular di media sosial.

Katanya, laporan itu dibuat selepas pengadu menerima satu rakaman video pendek di media sosial, memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul bagi mengambil bungkusan yang diedarkan oleh pekerja syarikat berkenaan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku di hadapan pintu utama universiti berkenaan kira-kira jam 7 malam Rabu.

“Pengadu buat laporan itu untuk siasatan dan tindakan pihak polis,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beiau berkata, hasil semakan, terdapat satu video berdurasi enam saat, memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul beramai-ramai bagi mengambil bungkusan yang diedarkan oleh syarikat penghantar tanpa mematuhi SOP.

“Pemilik akaun terbabit turut meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan ke atas perkara tersebut,” ujarnya.

Barudin berkata transaksi penyerahan berlaku di luar pagar, berhampiran pintu utama universiti yang pada awalnya, pelajar yang hadir mengikuti SOP dengan berbaris namun kemudian menjadi tidak terkawal.

Beliau berkata siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti pekerja syarikat penghantaran dan pelajar-pelajar universiti yang berada dalam video berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Perkara 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB), Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!