About Me

Lacurkan anak saudara untuk dapatkan dadah


ALOR SETAR: Seorang remaja berusia 17 mendakwa dilacurkan bapa saudaranya kepada seorang lelaki demi mendapat dadah dalam kejadian di Pendang tahun lalu.

Jurucakap polis berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa disiasat polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim bersabit kes curi dalam bangunan di daerah itu pada 30 Jun lalu.

Menurut beliau, dalam siasatan itu, mangsa mendakwa dia dibawa oleh bapa saudaranya yang berusia 44 tahun berjumpa dengan rakannya berusia 34 tahun untuk melakukan hubungan seks di sebuah rumah di Pendang.

“Mangsa berkata pelakuan seks itu dipaksa dan dengan itu pakciknya dijanjikan mendapat bekalan dadah sebagai pertukaran dengan dirinya,” kata jurucakap itu semalam.

Susulan itu, jurucakap polis berkata, IPD Kulim membuat laporan menyelamatkan mangsa sebelum kes exploitasi seks itu disiasat polis Pendang.

“Mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah dan polis akan melakukan lawatan tempat kejadian rogol selepas hospital selesai memeriksa mangsa,” kata beliau.

Bagaimanapun, tambah jurucakap itu, perogol mangsa tidak mengaku membuat hubungan seks dengan mangsa.

Polis telah menahan bapa saudara mangsa dan lelaki yang mendakwa merogol sebelum mereka direman di Mahkamah Majistret di sini pada 1 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah ketika dihubungi enggan mengulas kes tersebut dengan memaklumkan semua kejadian perlu dirujuk ke Ibu Pejabat Kontinjen Kedah.

- UTUSAN

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!