About Me

KKM tutup komen, orang ramai ‘serang’ DG Noor Hisham


PETALING JAYA – Pengumuman kes Covid-19 hari ini ternyata mengejutkan orang ramai selepas kes harian mendadak naik sehingga mencecah angka 8,868.

Susulan pengumuman kes terbaharu itu juga, Kementerian Kesihatan bertindak menutup ruang komen di laman media sosialnya seperti Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang orang ramai untuk meluahkan keluhan masing-masing di laman sosial Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Rasa-rasanya Malaysia negara paling pelik di dunia, makin lama rakyat dikurung, makin tinggi pula angka kes positif,” kata Charlie Jikson.

“Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kali ini gagal juga Tan Sri? Saya amat bimbang dengan situasi di Selangor. Hospital-hospital semakin hari, semakin teruk. Saya tahu Tan Sri juga tertekan, tetapi kita perlukan jalan penyelesaian lain,” luah Reez Kamarul.

Sementara itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan di Kuala Lumpur dan Selangor yang dilihat mencatatkan kenaikan semula kes Covid-19.

“Rekod baharu di Selangor. Kerajaan sepatutnya utamakan vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur jika mereka mahu membenarkan kilang-kilang beroperasi,” kata Mimi Rozana.

“Kes di Selangor menakutkan, tak mustahil selepas ini penduduk perlu pakai pakaian perlindungan PPE. Hendak keluar dapatkan vaksin pun takut,” kata Nurul Janna. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!