About Me

Kilang diserbu, 350 kakitangan masih bekerja


PETALING JAYA- Kedegilan sebuah kilang pembuatan keluli di Subang Jaya, Selangor yang beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh terbongkar selepas 350 orang pekerjanya disiasat tadi.

Kesemua mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas diserbu pihak berkuasa dalam Ops Patuh yang dilakukan di beberapa kilang hari ini.

Perkara itu dikongsi melalui satu video berdurasi 18 saat oleh seorang pengguna Twitter @Zulkiflibujang dengan menunjukkan pekerja berkenaan diminta duduk diluar kilang ketika serbuan dijalankan.

Menurutnya, kilang itu beroperasi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku selain tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Ada yang bekerja,seolah-olah tiada apapun, sedangkan arahan lockdown dan juga dikeluarkan kerajaan memastikan mereka tidak sepatutnya beroperasi dan mematuhi SOP sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, video sama turut dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di laman rasmi Facebooknya.

Katanya, sebahagian besar daripada 350 pekerja terbabit merupakan pekerja asing, malah 90 peratus daripada mereka pernah dijangkiti Covid-19.

Dalam perkembangan sama, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung video berkenaan selain mahu wajah pemilik kilang didedahkan kepada umum.

Seorang pengguna laman media sosial, @zed_hafizuddin mahu pihak berkuasa memaparkan muka majikan kilang dan bukannya pekerja.

“Patut tunjuk muka majikan, tak perlu rakam muka pekerja, lepas periksa mereka, minta mereka balik, mana muka majikan?,” soalnya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!