About Me

Kilang bantal kekabu musnah dijilat api


SEBERANG PERAI – Sebuah kilang membuat bantal di Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.07 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran itu membabitkan mesin serta bahan menghasilkan bantal seperti kain dan kekabu menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Tiada mangsa terlibat, namun kebakaran telah memusnahkan hampir 70 peratus bangunan kilang berkeluasan kira-kira 557 meter persegi tersebut.

“Bomba telah dapat mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan sekitar dan setakat ini usaha memadam kebakaran masih berjalan,” katanya sebentar tadi.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Operasi berkenaan membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Bertam. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!