About Me

Kes Covid-19 melebihi 8,000 hari ini


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 8,000 apabila sejumlah 8,868 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 808,658.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 4,152 kes; diikuti Kuala Lumpur (1,133); Negeri Sembilan (897); Perak (543); Kedah (360); Johor (336); Sarawak (281); Sabah (279); Pulau Pinang (237); Melaka (183); Pahang (152); dan Kelantan (135).

Terengganu pula mencatat 68 kes; Labuan (64); Putrajaya (47) dan Perlis satu kes.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!