About Me

‘Kerasnya hati kalian, akhirnya kes mencanak naik’


PETALING JAYA – Lapan kluster baharu dikesan di Terengganu dalam masa dua minggu kesan daripada orang ramai yang merentas negeri untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, beliau menyatakan kehampaannya apabila ramai orang sibuk merentas negeri bagi menyambut perayaan Aidiladha.

“Tidak serikkah kalian dengan sejarah musim Aidilfitri yang lalu? Dipesan-pesan untuk tangguh rentas negeri bagi mengelakkan penularan lagi besar tetapi tidak berbekas. Kerasnya hati kalian. Akhirnya kes mencanak naik.

“Sambutan Aidiladha seolah-olah mengundang situasi yang sama kerana masih berduyun-duyun untuk rentas negeri pulang ke kampung,” tulis Dr. Azimi di Facebooknya.

Jelasnya, masyarakat sering alpa dan tidak mengendahkan peningkatan kes positif dan angka kematian meningkat setiap hari.

“Sungguh hati kalian tidak berbekas dengan angka kes harian atau angka kematian yang meningkat setiap hari. Sanggup rentas negeri keluar dari kawasan wabak dan masuk kawasan kurang wabak. Membawa virus bersama untuk disebarkan di kawasan baru.

“Apa kalian fikir kalian atau orang lain kebal dari jangkitan Covid-19, kalian lupa ada kumpulan yang perlu dilindungi seperti warga emas dan kanak-kanak kecil yang mungkin akan mendapat komplikasi serius,” ujarnya.

Tambahnya, di Terengganu dalam masa tiga minggu angka harian kes positif Covid-19 kekal dua digit sahaja, tetapi dalam masa dua minggu, lapan kluster baru dikesan gara-gara rentas negeri Aidilfitri lalu, sekali gus menyebabkan peningkatan kes.

“Ada kluster telah menular ke beberapa daerah. Kalian fikir kami tidak terkesan dengan situasi begini?.

“Ada kluster buat majlis tahlil tiga malam diundang bersama Ustaz dan pelajar Tahfiz dan akhirnya menjangkiti ramai pelajar Tahfiz serta beberapa orang Ustaz. Kesalnya kami dan hati kami bagai disiat-siat melihat perkara itu masih berlaku,” ujarnya.

Katanya, tidak perlu tuding jari salahkan mana-mana pihak, elakkan daripada merentas negeri bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Tegasnya, masyarakat perlu lebih berwaspada dengan penularan varian baharu Covid-19 iaitu varian Delta yang memiliki kekuatan jangkitan sangat luar biasa. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!