About Me

Kenderaan PKD bawa vaksin kemalangan dengan babi hutan


Pekan: Polis mengesahkan kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang membawa bekalan vaksin Covid-19 terbabit dalam kemalangan dengan seekor babi hutan pada Rabu lalu.

Video kemalangan membabitkan pacuan empat roda itu yang dirakam kamera dashboard turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik, di sini, pada 9 pagi, 21 Julai lalu.

"Pacuan empat roda berkenaan diiringi kenderaan Unit Peronda Polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk menghantar vaksin berkenaan ke Klinik Kesihatan Chini.

"Sebaik tiba di lokasi, seekor babi hutan melintas menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan dan kenderaan terbabas ke kawasan semak.

"Pemandu kenderaan berusia 46 tahun dan ahli farmasi berusia 39 tahun yang berada dalam kenderaan itu tidak mengalami kecederaan," katanya hari ini.

Katanya, pemandu terbabit membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari pada hari sama berhubung kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman mengesahkan kesemua vaksin yang dibawa kenderaan terbabit, selamat.

Menurutnya, vaksin berkenaan kemudian dipindahkan ke kenderaan lain untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Chini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!