About Me

'Kenapa kita lebih takut makhluk Allah?'


Kuala Lumpur: Penyanyi Hafiz Suip, 31, meluahkan kerisauan terhadap umat Islam yang dilihatnya kini lebih takut kepada 'makhluk' melebihi kuasa Tuhan.

Hafiz berkata, umat Islam hari ini lebih tertunggu-tunggu perkembangan yang sedang berlaku berbanding, melakukan suruhan Yang Maha Esa.

"Ketakutan kita terhadap makhluk dah membatasi ketakutan kita terhadap Allah SWT.

"Contohnya, hari-hari tunggu perkembangan terbaharu apa akan 'jadi' keesokan hari tapi, suruhan Allah SWT ada tak kita kemaskini?

"Bukan kata tak boleh tahu perkembangan terkini, kena ambil tahu keadaan semasa tapi kedua-duanya kena sama naik. Pasti jumpa cahaya di dalam kegelapan," katanya lagi.

Menurut Hafiz, dia berharap luahan yang dibuat tidak membuatkan orang ramai berasa tidak selesa atau marah, sebaliknya percaya bahawa setiap kejadian adalah IzinNya.

"Jangan marah ye, saya cakap ni pelangkung kepada sendiri.

"Sentiasa ingat dalam fikiran bahawa Allah yang 'jadikan' semuanya," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!