About Me

Kembali buat keranda selepas 50 tahun


Pendang: Selepas hampir 50 tahun bersara membuat keranda, seorang warga emas kembali melakukan tugas itu demi membantu penduduk kariah yang memerlukan perkhidmatannya.

Sobri Awang, 68, berkata dia terpanggil memegang tukul dan paku membuat keranda semula bagi menggantikan anak saudaranya Shafei Yaakob, 64, yang kurang sihat sejak empat bulan lalu.

Datuk kepada 13 cucu itu berkata, dia mula membantu penduduk yang kematian ahli keluarga membuat keranda sejak 1970-an lagi, namun berhenti kerana aktif dalam politik.

"Sejak itu, abang saya, Yaakob mengambil alih tugas membuat keranda sebelum dia meninggal dunia pada 1999 dan Shafei mengambil alih tugas itu sehingga dia kurang sihat baru-baru ini.

"Atas rasa tanggunggjawab, saya mengambil alih semula tugas ini kerana tahu sukar untuk mencari pembuat keranda pada waktu sekarang," katanya ketika di Kampung 15, Tokai, di sini.

Sobri berkata, sejak seminggu mengambil alih tugas itu, sebanyak empat keranda sudah disiapkan sebagai persediaan sekiranya berlaku kematian di kampungnya.

"Di akhir zaman ini, banyak kematian mengejut berlaku terutama ketika pandemik Covid-19 melanda, ramai yang kehilangan ahli keluarga.

"Namun, saya tidak mengatakan keranda yang dibuat tanpa tempahan ini adalah untuk jenazah pesakit Covid-19, walaupun kes positif di daerah Pendang kian meningkat," katanya.

Sobri berkata, sebagai pembuat keranda dia tidak boleh mengharapkan kematian berlaku kerana itu urusan Allah, justeru tugas yang dilakukan adalah atas rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim.

"Niat saya siapkan keranda awal adalah untuk mudahkan urusan waris mengebumikan jenazah, jika ditempah saya perlu masa kira-kira empat jam untuk siapkan sebuah keranda.

"Dahulu saya sudah biasa dikejutkan tengah malam apabila ada kematian, saya akan cuba siapkan keranda sebelum siang, sekarang saya perlu bersedia fizikal dan mental untuk siapkan keranda tanpa mengira masa," katanya.

Katanya, bagi setiap keranda dia hanya mengambil bayaran antara RM250 hingga RM350 mengikut saiz dan ukuran ditetapkan.

- HMetro 



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!