About Me

[KEMASKINI] Petugas kesihatan tiba sahkan kematian


PETALING JAYA – Petugas daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sudah tiba untuk pengesahan kematian seorang wanita warga emas di Jalan Klang Lama Batu 5, dekat sini, malam tadi.

Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Wan Cai berkata, beliau mendapat kiriman mesej daripada waris arwah memaklumkan kedatangan petugas kesihatan bersama sebuah ambulans pada pukul 11.47 malam.

“Alhamdulillah. Terima kasih kerana bantu tularkan. Kuasa tular adalah jalan terakhir untuk membantu arwah. Kami memahami semua barisan hadapan kepenatan.

“Kami hanya mahu ada jalan penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan. Tiada niat untuk menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak. Jangan salah faham,” tulisnya dalam hantaran terbaharu malam tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan warga emas berusia 61 tahun itu dikatakan terbiar lebih lapan jam selepas meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang tadi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!