About Me

Kelulusan operasi penerbangan helikopter ambil tempahan ‘nasi ganja’ disiasat


PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan membuat semakan sama ada pengendali dan kru pengendali helikopter yang mendarat di padang Majlis Bandaraya Ipoh, Perak pagi semalam, terlibat melaksanakan operasi penerbangan itu dalam skop yang diluluskan atau sebaliknya.

Perkara itu antara aspek siasatan yang telah dimulakan CAAM ke atas helikopter jenis Bell 505 dan dikendalikan Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo berkata, siasatan awal mendapati helikopter tersebut berlepas kira-kira pukul 9.08 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh dan kembali ke Subang pukul 11.02 pagi, seperti difailkan dalam pelan penerbangan.

Beliau berkata, CAAM telah menjalankan siasatan segera bagi menentukan sama ada helikopter berkenaan melanggar mana-mana peraturan seperti yang tertakluk dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

“Kami ingin menegaskan bahawa semua pengendali pesawat harus mematuhi peraturan umum seperti tertakluk dalam CAD 2 (Rules of the Air), Chapter 3.1. Protection of Persons and Property serta peraturan-peraturan lain yang berkaitan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya akan terus memastikan semua pengendali pesawat mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan yang telah ditetapkan demi keselamatan industri dan orang awam.

Kosmo! Online semalam melaporkan, orang awam ‘terkejut’ dengan kemunculan helikopter mendarat di padang berkenaan, dipercayai bagi mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran terkemuka di Ipoh yang didakwa mempunyai kaitan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terdapat dua individu dalam helikopter berkenaan dipercayai milik syarikat swasta, ‘ditugaskan’ untuk mengambil tempahan nasi kandar yang dikenali sebagai ‘nasi ganja’.

Difahamkan, helikopter itu mendarat di padang itu bagi mengambil 36 bungkusan nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!