About Me

Kelonggaran buat individu lengkap divaksin akan dimuktamadkan


PUTRAJAYA – Kelonggaran kepada rakyat di negara ini yang telah lengkap mendapat dua dos vaksin Covid-19 akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perkara itu antara yang diputuskan dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat juga bersetuju mempertimbangkan kelonggaran bagi syarikat-syarikat yang telah memberi vaksinasi penuh kepada pekerjanya untuk beroperasi sepenuhnya.

Semalam, Perdana Menteri memberi bayangan individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan memperoleh ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) diminta untuk mempertimbangkan pergerakan individu lengkap divaksinasi dengan memberi kelonggaran dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!