About Me

Kelibat wanita misteri di kaunter pandu lalu


PETALING JAYA – Satu kelibat misteri telah terakam didakwa berlaku di kawasan pandu lalu sebuah restoran makanan segera di utara tanah air baru-baru ini.

Satu klip video yang tular ketika ini telah dimuatnaik di laman sosial Tik Tok menyaksikan kelibat wanita misteri yang berdiri di hadapan sebuah kereta Proton Wira menjadi perdebatan hangat orang ramai.

Kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah restoran Mc Donalds cawangan Alor Setar, Kedah itu pada awalnya memperlihatkan kelibat seorang wanita berpakaian putih dan berambut panjang sebelum ia menghilang setelah rakaman tersebut bertukar arah.

Pelbagai andaian telah diperkatakan warganet, ada antara mereka berkata, kemungkinan klip video tersebut disunting sebagai ‘pengisian’ media sosial Tik Tok bertujuan meraih populariti.

“Mungkin ini sidah disunting. Hendak cari ‘content’ pun janganlah sampai buat begini. Buat orang ramai tak pergi saja ke restoran ini. Restoran ni memang jadi tumpuan orang waktu-waktu ini,” jelas Ardini Mohd.

“Aku tidak rasa video ni disunting, sebab memang ada orang cakap pernah terserempak. Harapnya semua ‘okay jangan ada lagi benda-benda pelik,” balas Izwan EZ. 

– K! ONLINE.’

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!