About Me

Kedai jual durian dikompaun RM10,000 ingkar SOP


Gombak: Kedai menjual durian di Taman Industri Bolton, Batu Caves, di sini, dikompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4 petang memaklumkan kedai terbabit beroperasi tanpa mematuhi SOP.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, anggota Pasukan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak membuat pemeriksaan di kedai berkenaan.

"Semakan mendapati kedai itu mempunyai surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi, namun jumlah pekerja melebihi kapasiti dibenarkan.

"Justeru, kompaun RM10,000 dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kepada majikan kerana gagal memastikan kapasiti pekerja mengikut SOP yang ditetapkan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!