About Me

Kantoi guna permit PKP palsu


Padawan: Lelaki tempatan dan tiga warga Indonesia ditahan selepas didapati menggunakan permit pergerakan palsu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Mereka ditahan dalam pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan yang membawa penumpang melebihi kapasiti kenderaan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Batu Kitang-Bau, di sini,

Lelaki tempatan berusia 39 tahun yang memandu Perodua Alza membawa tujuh lelaki Indonesia berumur antara 21 hingga 46 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, semasa pemeriksaan awal, pemandu memiliki didapati memiliki permit pergerakan PKP yang dikeluarkan oleh Balai Polis Betong.

Tiga penumpang lagi didapati memiliki permit pergerakan PKP dari Balai Polis Tanjung Kidurong bagi setiap seorang, manakala empat lagi penumpang tidak memiliki sebarang permit pergerakan PKP.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kesemua permit mendapati permit pergerakan milik pemandu meragukan pada bahagian tandatangan dan cop.

"Polis membuat pengesahan dengan Balai Polis Betong dan mengesahkan berlaku penambahan kandungan pada borang milik pemandu tanpa pengetahuan pegawai yang meluluskan permit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semakan dengan Balai Polis Tanjung Kidurong juga mengesahkan pihak berkenaan tidak pernah mengeluarkan sebarang permit kepada ketiga-tiga penumpang berkenaan.

"Hasil semakan pasport kesemua warga Indonesia turut mendapati tempoh lawatan sosial sudah tamat dan permit kerja salah seorang lagi sudah dibatalkan.

"Pemandu menggunakan kenderaan sewa bagi tujuan menghantar kesemua warga Indonesia balik ke negara asal dengan mengambil upah sebanyak RM500 setiap seorang.

"Kesemua warga Indonesia memperoleh kebenaran dari Konsulat Indonesia untuk pulang negara asal dan seorang lagi mendapat kelulusan pembatalan permit kerja dari Jabatan Imigresen Bintulu atas alasan untuk pulang ke Indonesia," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 dan Akta Imigresen 1959/63.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!