About Me

Kanser limfoma ubah kehidupan keluarga


Alor Setar: "Hanya dalam tempoh sebulan, berat badan saya susut 16 kilogram (kg). Daripada 63 kg turun kepada 47 kg sebelum pemeriksaan doktor mengesahkan saya menghidap kanser darah atau limfoma tahap empat kira-kira dua tahun lalu," kata Nusratina Mohd Saad, 34.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, sejak disahkan menghidap kanser pada Januari 2019, kehidupan keluarganya berubah apabila suaminya, Mohamad Safwan Abu Bakar, 34, tidak lagi dapat bekerja berikutan perlu memberi perhatian kepada dirinya yang sering lemah dan lesu.

Menurutnya, dia sudah menjalani kemoterapi sebanyak enam kali pada 2019 dan rawatan itu memberi perubahan agak baik apabila dia dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa selama setahun.

"Namun pada Julai tahun lalu, segalanya berubah apabila muka saya mulai membengkak dan doktor sahkan sel kanser kembali aktif dan saya tidak sekuat dulu lagi, hendak berjalan dan berdiri lama pun sudah tidak mampu.

"Suami yang banyak membantu di rumah, dia yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar ayam dengan upah RM45 sehari tidak lagi dapat berkerja kerana perlu menjaga keluarga," katanya yang tinggal di Kampung Keriang Pulau di sini.

Nusratina berkata, suaminya kini bekerja sebagai penghantar makanan, namun tidak banyak tempahan diperolehi berikutan terpaksa bersaing dengan penghantar makanan lain selain masa bekerjanya yang agak terhad.

Katanya, dia ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan selain turut menerima sumbangan saudara dan rakan yang diguna bagi membeli barang dapur.

"Sejak September tahun lalu, saya sudah tiga kali menjalani rawatan kemoterapi dan yang terakhir pada 24 Jun lalu. Tidak lama lagi saya perlu jalani rawatan selama 16 pusingan untuk memasukkan ubat brentuximaly setiap tiga minggu.

"Doktor anggarkan rawatan itu boleh mencecah RM50,000. Saya sendiri buntu memikirkan di mana hendak cari duit selepas ini kerana perlu membuat pemeriksaan darah setiap hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama dua minggu selain mengambil ubat," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu Nusratina boleh menghubunginya di talian 017-5097819 atau menyumbang ke akaun Bank Islam miliknya, 02105020118160.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!