About Me

Kanak-kanak maut akibat renjatan elektrik


TUARAN – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik semasa cuba mengambil layang-layang yang tersangkut pada tiang elektrik di kawasan tanah lapang Kampung Tembiluk, Mengkabong tengah hari tadi.

Mangsa yang berusia 10 tahun itu dipercayai bermain layang-layang di kawasan berkenaan yang juga tapak bekas sawah padi pada pukul 12.45 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd. Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati mangsa bermain bersama rakannya yang berusia 12 tahun sebelum layang-layangnya dipercayai tersangkut pada sebatang tiang elektrik.

“Mangsa menggunakan batang besi untuk mendapatkan semula layang-layangnya. Tindakan itu mengakibatkan mangsa terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan adik iparnya yang melihat kanak-kanak itu terbaring di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa yang melecur separuh badan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuaran bagi proses prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sebelum dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan penuh bedah siasat diperoleh,” katanya.

 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!