About Me

“Jangan sampai ‘terkorban’ dek Covid-19”


PUTRAJAYA – “Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’ dek kerana Covid-19,”

Demikian pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang menyeru masyarakat di negara ini agar tidak mengulangi sikap tidak bertanggungjawab khususnya semasa sambutan Hari Raya Aidiladha, Selasa depan.

Beliau meminta masyarakat mengambil iktibar daripada kes-kes positif Covid-19 yang dilaporkan dalam kluster komuniti ekoran sambutan perayaan, aktiviti kunjung-mengunjung dan merentas negeri.

“Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 17,106 individu dikesan positif Covid-19 daripada 267 kluster komuniti yang tercetus antara lain ekoran sambutan perayaan, aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri bagi tujuan berkenaan. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!