About Me

Ismail Sabri, Takiyuddin bertemu Muhyiddin


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, sebentar tadi.

Difahamkan, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun turut dilaporkan hadir lebih awal untuk bertemu Muhyiddin.

Kesemua pemimpin bagaimanapun sudah meninggalkan kawasan kediaman Perdana Menteri itu kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkenaan tujuan pertemuan tersebut namun ia didakwa berkaitan dengan sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sebulat suara memberi keputusan untuk tidak menjalankan kerjasama bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta setelah tujuh prasyarat yang diminta dan ditetapkan UMNO dilihat tidak berjaya dilaksanakan.

“Tempoh yang UMNO berikan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta. UMNO mendesak agar Perdana Menteri untuk berundur diri secara terhormat bagi melantik pimpinan terbaru.

“Perdana Menteri yang baharu perlu menyelesaikan segera pandemik Covid-19 serta segerakan proses vaksinisasi. Setelah berjaya, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk adakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembalikan keseimbangan negara,” katanya. 

-K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!