About Me

Influencer ‘marah’ gelandangan, dikompaun RM1,500 kerana langgar SOP



PETALING JAYA: Pengasas butik dan influencer terkenal dikompaun RM1,500 selepas video lelaki itu dikatakan memarahi seorang warga emas dengan tidak memakai pelitup muka tular di media sosial hari ini.

Dalam video berdurasi 49 saat itu menunjukkan individu itu tidak memakai pelitup muka sambil mengeluarkan kata-kata seakan-akan memarahi warga emas di pusat transit gelandangan di Jalan Pahang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi semalam apabila individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan.

Katanya, pihaknya telah memanggil individu itu ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan insiden itu.

“Kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 kepada individu itu atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di pusat transit gelandangan tersebut.

“Tindakan ini adalah mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi wabak Covid-19.

Jelasnya, kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa.

Terdahulu, tular tindakan seorang lelaki dipercayai ‘influencer’ dengan meninggikan suara kepada gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan kemarahan orang ramai dan netizen.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, tindakan lelaki tersebut mempersoalkan kepada warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan sebagai biadab dan menjatuhkan air muka warga emas terbabit.

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
28 Julai 2021, 8:09 pm
Video Media sosial

#UtusanOnline
#infosemasa
@infosemassofficial

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!