About Me

Imam maut nahas dengan treler


TAMPIN – Imam 2 Masjid Kariah Air Kuning Selatan maut selepas terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Jalan Air Kuning Selatan-Sungai Dua, Gemencheh, di sini, pagi tadi.

Dahlan Yahya, 71, beralamat di Kampung Parit Buloh disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 11.14 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari balai bomba pada pukul 11.40 pagi didapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan juga sebuah treler berhampiran Klinik Kesihatan Air Kuning.

“Penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian. Bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pembersihan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!