About Me

Ibu tunggal lima anak terharu terima bantuan


Kota Bharu: "Terima kasih kerana membantu kami sekeluarga yang kini terpaksa berjimat cermat selepas kehilangan mata pencarian sejak lebih setahun lalu," kata ibu tunggal, Mumtaj Safaruddean Marican, 42.

Menurut Mumtaj, dia bersyukur kerana terpilih menerima bantuan bekalan makanan sekali gus dapat meringankan bebannya di musim pandemik Covid-19.

Katanya, selepas suaminya, Mohd Sabri Mahmod meninggal dunia akibat penyakit jantung sejak setahun lalu, dia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara lima anak berusia dua hingga 10 tahun.

"Sudah lebih setahun saya tidak berniaga di pasar malam sebaik kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

"Sejak itu hanya adik-beradik dan saudara mara yang menghulurkan wang belanja selain ada juga badan bukan kerajaan (NGO) dan penghulu yang menghulurkan bantuan barangan keperluan asas.

"Keadaan hidup kami amat perit sejak PKP 1.0 menyebabkan sumber kewangan terputus. Walaupun mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450, ia hanya cukup-cukup makan sahaja," katanya.

Terdahulu, Mumtaj menerima bantuan daripada Ketua Pegawai Pembangunan Maik Mohd Azman Ghazali pada Majlis Penyampaian Program Bantuan Prihatin Maik, di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Muslim India Kelantan (KIMA) Mohamed Sultan Oli Mohamed.

Seramai 40 keluarga kurang bernasib baik menerima bantuan berkenaan bagi meringankan beban.

Sementara itu, Azman berkata, bagi membantu golongan yang terkesan, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

"Pemberian bekalan asas makanan ini bukti masih ada pihak yang prihatin terhadap masalah dan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!