About Me

Harimau bintang salji positif Covid-19


San Diego: Harimau bintang salji di Zoo San Diego, California disahkan positif Covid-19.

Ramil yang berusia 9 tahun disahkan mengidap wabak pandemik itu selepas penjaganya menyedari ia batuk dan selsema pada Khamis.

Najis haiwan itu diuji oleh kakitangan zoo dan di makmal. Kedua-dua ujian itu mengesahkan kehadiran virus itu, kata zoo itu melalui kenyataannya pada Jumaat.

Ramil tidak menunjukkan sebarang simptom lain bagaimanapun ia mempunyai kontak rapat dengan harimau bintang salji betina dan dua lagi harimau Siberia.

Kakitangan zoo merasakan kesemua binatang itu sudah terdedah dan mereka dikuarantin.

Tidak jelas bagaimana Ramil dijangkiti.

Pada Januari, lapan gorila di Taman Tema Safari Zoo San Diego juga dijangkiti Covid-19 bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Pada awal tahun ini, zoo itu menerima vaksin ujian bagi digunakan untuk melindungi haiwan di situ dari jangkitan Covid-19 bagaimanapun Ramil belum disuntik.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!