About Me

‘Hanya mampu laung azan, takbir’


HULU TERENGGANU – Ribut selama 15 minit yang melanda Padang Setengge di sini kelmarin sangat menakutkan menyebabkan ramai penduduk melaungkan azan dan takbir untuk memohon perlindungan daripada bencana.

Seorang penduduk, Noorzihan Yahya, 44, berkata, ribut yang bermula pada pukul 6 petang itu berlaku secara tiba-tiba sewaktu dia bersama isteri, Norliza Abu Bakar, 40, dan dua anak ber­usia enam dan 11 tahun sedang menonton televisyen.

“Angin kuat datang tiba-tiba sehingga menyebabkan cubaan saya untuk menutup pintu gagal. Tidak lama kemudian, kelihatan angin kencang bergerak ke arah beranda rumah sebelum menyebabkan bumbung terbang melayang.

“Beberapa cermin tingkap di bilik tidur utama juga pecah selain air hujan mencurah-curah memasuki dari bumbung rumah yang sudah bocor. Saya tidak mampu berbuat apa-apa selain melaungkan azan memohon pertolongan Allah,” katanya ketika ditemui semalam.

Rumah Noorzihan merupakan antara 81 yang terjejas dalam kejadian ribut itu di Padang Setengge di sini dan secara keseluruhan lebih 500 kediaman di seluruh Terengganu turut rosak akibat bencana alam sama.

Noorzihan berkata, ribut tersebut merupakan yang terburuk pernah melanda taman perumahan itu sejak empat tahun dia sekeluarga menyewa rumah terbabit.

Seorang lagi penduduk, Norfarizan Abdul Rashid, 37, yang baru lepas bersalin anak kedua kini berusia tiga bulan hanya mampu bertakbir berulang kali mengharapkan ‘amukan’ ribut berkenaan reda segera.

Dia yang menetap bersama dua anak berusia tiga bulan dan lima tahun, ibu berusia 74 tahun dan seorang kakak berumur 49 tahun berkata, ribut berkenaan telah menyebabkan lebih 20 ke­ping atap rumahnya rosak dan perlu dibaiki segera.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!